[VIDEO] Pemuda mabuk macam berpiknik, siap bersila atas bumbung kereta sedang bergerak


  • Benua
  • Isnin, 09 Jan 2023

Seorang lelaki dipercayai mabuk dilihat duduk santai di atas bumbung kereta yang sedang bergerak di sebuah jalan raya di India.

MUNGKIN berdepan tekanan hidup, seorang pemuda dipercayai mabuk dilihat duduk bersila di atas sebuah bumbung kereta yang sedang bergerak di Haryana, India baru-baru ini.

Tanpa mempedulikan situasi sekeliling, lelaki terbabit juga sesekali dilihat menogok arak seolah-olah sedang berpiknik di atas bumbung kereta terbabit.

Dalam keadaan bersahaja, dia yang sedang minum minuman keras itu tanpa gusar kelihatan tenang duduk di atas bumbung kereta terbabit.

Kejadian itu dirakam oleh individu yang turut berada di tempat kejadian.

Berdasarkan rakaman, lelaki berkenaan dilihat duduk di atas bumbung kereta yang sedang bergerak secara perlahan disebabkan kesesakan lalu lintas.

Disebabkan perkara tersebut, pihak polis tempatan berusaha menyiasat punca kejadian terbabit. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram