[VIDEO] Promosi filem popular terganggu, penunjuk perasaan bikin onar di pusat beli-belah


  • Benua
  • Khamis, 05 Jan 2023

Gara-gara filem Pathaan, sekumpulan tunjuk perasaan meluahkan rasa tidak puas hati dan membuat kacau di sebuah pawagam di India.

KONTROVERSI filem Pathaan lakonan Shah Rukh Khan dan aktres Deepika Padukone nyata masih tidak berkesudahan apabila ratusan mengikut Parti Bharatiya Janata melakukan rusuhan sebagai usaha untuk menghalang tayangan karya terbabit.

Insiden itu berlaku di pusat beli-belah di Karnavati, Ahmedabad, India baru-baru ini itu menyaksikan penunjuk perasaan membuat kacau dengan merosakkan kadbod promosi filem terbabit di perkarangan sebuah pawagam dalam premis berkenaan.

Berdasarkan rakaman yang tular, mereka ‘menyerang’ kadbod aktor Shah Rukh Khan dan memijaknya sehingga lunyai.

Sambil memijak kadbod terbabit, mereka menjerit dan melaung bantahan dan melarang filem Pathaan ditayangkan di negara berkenaan kerana dipercayai mengandungi unsur penghinaan kepada masyarakat beragama Hindu.

Menteri Dalam Negeri Madhya Pradesh, Narottam Mishra turut menyifatkan filem tersebut tidak sensitif dan cuba mencetuskan kekecohan dalam kalangan masyarakat.

Kemarahan mereka memunjak apabila tayangan lagu Besharam Rang yang menunjukkan gandingan Shah Rukh Khan, Deepika Padukone mengenakan bikini berwarna jingga.

Bahkan makna tajuk lagu Besharam Rang yang dikatakan membawa maksud Warna Memalukan itu sekali gus memicu kemarahan masyarakat beragama Hindu.

"Ini satu perkara yang keterlaluan dan perlu disekat. Saya menentang tayangan filem ini tidak wajar ia ditayangkan," katanya yang turut menegaskan warna jingga sinonim sebagai simbol agama Hindu.

Sejak diuar-uarkan pada November lalu, filem tersebut sudah mendapat tentangan, namun tiada sebarang tindakan diambil. Disebabkan itu masyarakat beragama Hindu berhasrat memboikot filem Pathaan selain melepaskan kemarahan terhadap Shah Rukh Khan sebagai bintang utama.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram