![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2023/01/04/1887888.jpg)
TINDAKAN seorang wanita yang menjerit dan mengamuk di sebuah stesen minyak dekat Jalan Jenderal Sudirman Duri, Kecamatan Mandau, Kabupaten Bengkalis, Indonesia pada Selasa mengundang perhatian ramai.
Salah seorang saksi kejadian mendakwa, wanita berkenaan bertindak sedemikian kerana enggan beratur panjang dan mahu segera mengisi petrol pada kenderaannya.
Susulan itu, wanita tersebut secara tiba-tiba mengamuk dan memukul salah seorang pekerja di stesen terbabit dengan kasutnya selepas perbuatannya dihalang.
Orang ramai yang berada di situ terpaksa beratur dan menunggu insiden tersebut diselesaikan.
Difahamkan, wanita berkenaan terlebih dahulu berbaris bersama pelanggan yang lain sebelum mula hilang sabar dan bertindak memotong sehingga ke barisan paling hadapan.
Sebaik perbuatannya dihalang, wanita terbabit terus meronta dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pekerja tersebut yang sekali gus menimbulkan kekecohan ketika kejadian.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan wanita tersebut.
"Inilah pentingnya kenapa setiap orang perlu jalani ujian kesihatan secara berkala, kalau tidak boleh jadi sawan seperti wanita itu," kata amaranndy.
"Kalau tak mahu beratur pergi beli stesen minyak sendiri dan letak di rumah, menyusahkan orang sahaja kalau mengamuk," ujar nikodelapan.
"Kasihan pekerja itu tidak bersalah, tinggi tahap kesabaran dia kerana masih boleh berlembut dengan wanita itu," tambah nafinasanaf.
Belum ada sebarang laporan lanjut berhubung isu tersebut dan tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan berlaku. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram