[VIDEO] Naik angin digelar pemalas, isteri belasah nenek suami sampai tercampak bayi


  • Benua
  • Rabu, 04 Jan 2023

Tangkap layar video warga emas itu dipukul oleh wanita terbabit di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini.

SEBUAH video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita bertengkar sebelum menyerang nenek suaminya yang bertongkat sehingga terjatuh ke tanah, lapor Suara.com baru-baru ini.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terang_media dan kejadian itu dipercayai berlaku di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia.

Wanita itu dikatakan menyerang warga emas itu kerana marah dilabel sebagai isteri pemalas.

Kejadian bermula apabila wanita yang sedang mendukung seorang bayi bertengkar dengan seorang warga emas yang tinggal di sebuah rumah, dikatakan nenek suaminya.

Ketika warga emas itu hendak meninggalkan lokasi kejadian, wanita itu terus menahannya sehingga menyebabkan mangsa tersungkur ke atas tanah.

Bayi yang didukung wanita itu juga terjatuh dan dia dilihat terus memukul mangsa ketika cuba dileraikan oleh orang lain.

Mangsa yang tidak berdaya mengerang kesakitan akibat dicengkam suspek lalu dihempap ke tanah.

Video itu mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.

“Tidak tahu malu, sudahlah menumpang, bermalas-malasan, berbuat jahat lagi,” kata seorang pengguna media sosial.

“Tiada sopan santun, walaupun marah orang tua, jangan sampai begitu,” kata pengguna lain.

Nasib nenek dan wanita itu begitupun tidak diketahui, namun media Indonesia difahamkan situasi itu sudah diselesaikan secara baik tanpa melibatkan pihak berkuasa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram