POLIS sedang menyiasat sebuah kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mengheret mayat seorang wanita sejauh 13 kilometer (km) pada Ahad.
Mangsa dipercayai Anjali, 20 tahun itu dikatakan sedang menunggang skuter dirempuh sebelum diheret berhampiran jalan Sultanpuri, New Delhi, India.
Rakaman video yang menunjukkan kereta terbabit dilihat memandu seperti biasa dikatakan tersepit di bawah kereta SUV berkenaan.
Menurut jurucakap polis, kaki mangsa tersepit pada salah satu tayar kenderaan dan menyebabkan dia terheret.
“Pemandu tidak menyedari akan perkara itu. Apabila dia mula sedar, dia cuba untuk mengeluarkan mayat berkenaan dan disebabkan berasa takut, dia cuba untuk melarikan diri,” kata VK Saxena.
Pada masa sama, polis bagaimanapun menafikan dakwaan mengatakan mangsa dirogol dan dibunuh sebelum diheret menggunakan kereta.
“Kami menolak wujudnya berlaku jenayah rogol ke atas mangsa. Ini merupakan kemalangan dan suspek akan didakwa atas kesalahan kecuaian hingga menyebabkan kematian,” jelasnya.
Pengguna media sosial turut heboh dengan dakwaan mengatakan mayat mangsa ditemui dalam keadaan tanpa pakaian dibuang dan penjenayah cuba menghapuskan bukti dengan mengheretnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram