[VIDEO] Gelanggang futsal jadi medan tempur, pemain bertumbuk sampai polis masuk campur


  • Benua
  • Selasa, 27 Dis 2022

Tangkap layar pergaduhan melibatkan pemain selepas perlawanan futsal antara sekolah.

KECOH perlawanan akhir perlawanan futsal bertukar ganas apabila puluhan pemain dan penyokong saling bertumbuk dan bergaduh di Arena Sukan (GOR) sekitar Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi, Indonesia pada Ahad.

Kejadian itu difahamkan berlaku dalam perlawanan akhir kejohanan futsal antara pelajar yang melihatkan pemain saling menjerit dan bertumbuk selepas perlawanan tamat.

Beberapa anggota polis bertindak meleraikan pergaduhan tersebut namun situasi kian meruncing apabila situasi terlampau riuh sehingga gagal dikawal oleh pengawal.

Rakaman tular itu dikongsikan di laman Instagram dan menerima lebih 5,000 jumlah tontonan setakat ini.

Menurut Unit Siasatan Jenayah Polis Bekasi Selatan, Iptu Haryono mengesahkan kejadian itu dan pergaduhan tersebut melibatkan pelajar sekolah SMK 11 dan SMK 12.

"Rusuhan itu berlaku dalam perlawanan akhir futsal antara pelajar di sekolah SMK 11 menentang SMK 12 di Kota Bekasi," katanya.

Punca pergaduhan dipercayai akibat ketidakpuasan hati pemain pasukan SMK 12 selepas mereka tewas dalam perlawanan berkenaan.

"SMK 12 tidak menerima kekalahan itu dan membantah serta menolak keputusan pengadil dalam perlawanan tersebut," jelasnya.

Dalam pada itu, Haryono menjelaskan bahawa tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan berlaku dalam pergaduhan terbabit.

"Semuanya sudah selesai dan tiada masalah berbangkit selepas kejadian itu. Tiada sesiapa pun yang tercedera dari kedua sekolah terbabit," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram