TINDAKAN seorang wanita yang sanggup berpura-pura meninggal dunia boleh dikategorikan sebagai ‘pelakon terbaik’.
Tujuan dia berbuat demikian kerana ingin mengelak membayar hutang apabila wanita dipercayai bernama Liza Dewi Pramita itu memuat naik gambar dibungkus kain kafan di Facebook.
Gambar-gambar ‘arwah’ dipercayai dimuat naik oleh anak perempuaannya dengan harapan pemiutang, Maya Gunawan tidak menuntut bayaran sebanyak RM1,174.
Terkejut dengan berita itu, Maya kemudian cuba mendapatkan maklumat mengenai kematian Liza yang dikatakan meninggal dunia secara tiba-tiba.
Anak Liza kemudian memaklumkan mengenai kematian ibunya dan jenazah telah dikebumikan jauh dari kediaman mereka.
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, Maya berusaha menyiasat beberapa gambar yang dimuat naik di Facebook.
Malang bagi Liza kerana penipuannya terbongkar dan wanita itu kini menjadi ‘jenazah’ paling popular di Indonesia apabila kisahnya mendapat perhatian ramai. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram