[VIDEO] Suami durjana, berulang kali hentak kepala isteri guna pintu peti sejuk


  • Benua
  • Selasa, 20 Dis 2022

Tangkap layar kes penderaan dihadapi seorang isteri selepas kepalanya dihentak pintu peti sejuk oleh suaminya.

ISU penderaan rumah tangga kerap berlaku kebelakangan ini dan masalah itu sering dihadapi khususnya melibatkan kaum wanita.

Meskipun perbuatan itu dianggap sebagai satu kesalahan besar di sisi undang-undang, ia masih gagal dibendung apabila kita sering dikhabarkan dengan berita penderaan isteri yang menjadi mangsa dera insan bergelar suami.

Situasi itu boleh digambarkan menerusi video tular di laman media yang memaparkan seorang lelaki dilihat memukul isterinya berulang kali akibat pergaduhan rumah tangga.

Suspek yang dikenali sebagai Raphael Abatey didakwa telah membelasah dan menghentak kepala isterinya dengan pintu peti sejuk rumahnya tanpa belas kasihan.

Tersentak dengan perbuatan lelaki tersebut, si perakam video turut menjerit ketakutan dan meminta tertuduh untuk menghentikan perbuatan kejam itu.

Namun, usaha itu nyata tidak membuahkan hasil apabila suspek dilihat terus bertindak ganas dan mendera mangsa tanpa henti.

Dikongsikan di laman Instagram, rakaman itu hangat diperkatakan dan dihujani pelbagai tohmahan serta kecaman ramai.

"Kejam suami dia, apa yang isteri dia buat sampai sanggup bertindak kasar macam itu sekali," kata kweku.davinci.

"Kaum wanita perlu belajar untuk meninggalkan segala ancaman ataupun bahaya yang dihadapi, termasuklah hubungan dengan suami, kalau tidak bahagia terus berpisah dan jangan menyiksa diri," jelas thereal.mums.

"Mana hilangnya sifat penyayang seorang suami, kejam sangat sampai sanggup dera isteri seperti binatang, harap dia dipenjarakan oleh polis segera," tambah emmanuelkafui.

Insiden itu telah mendapat perhatian pihak polis dan satu siasatan sedang dijalankan berhubung kes berkenaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram