[VIDEO] Jalin hubungan dengan jejaka lain, lelaki mati rentung dibakar hidup-hidup ‘boyfriend’ kuat cemburu


  • Benua
  • Ahad, 11 Dis 2022

Tangkap layar memaparkan keadaan mangsa yang rentung dalam kejadian dipercayai berlaku di Brazil baru-baru ini.

ANGKARA cemburu, seorang lelaki rentung selepas dibakar teman lelakinya dalam kejadian dipercayai berlaku di Brazil baru-baru ini.

Kejadian berjaya dirakam menerusi sebuah video berdurasi satu minit 54 saat sebelum tular di media sosial.

Menerusi video berkenaan, terdapat mayat seorang lelaki berada dalam keadaan menyedihkan.

Sebelum kejadian, berlaku perselisihan faham antara mangsa dan teman lelakinya.

Teman lelaki mangsa dikatakan cemburu selepas melihat mangsa sering berhubung dengan lelaki lain.

Kedua-dua lelaki terbabit dipercayai telah menjalinkan hubungan sejak dua tahun lalu namun sering bertengkar sejak akhir-akhir ini.

Teman lelaki mangsa menjadi suspek utama dalam kes ini dan polis sedang memburu suspek selepas dikatakan menghilangkan diri sejurus kejadian.

"Sangat mengerikan keadaan mangsa dan manusia jenis apakah yang sanggup melakukan perkara seumpama ini," jelas netizen, Brenda.

"Macam-macam boleh berlaku sekiranya cemburu sampai lupa hidup dan mati. Semoga teman lelaki mangsa segera ditemui pihak berkuasa," kata Maximus.

"Dunia sekarang semakin kejam, banyak jenayah berlaku. Semoga ada keadilan untuk mangsa yang terkorban," luah Alexia.Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram