[VIDEO] Tak sedar diekori buaya, nelayan berenang sekuat hati terdengar teriakan pengunjung pantai


  • Benua
  • Sabtu, 10 Dis 2022

Tangkap layar video yang memaparkan seekor buaya mengekori seorang nelayan yang sedang berenang di laut.

SEORANG nelayan berdepan detik cemas apabila dikejar buaya dalam kejadian dipercayai berlaku di Indonesia.

Nelayan tersebut yang sedang berenang untuk ke persisir pantai tidak menyedari dirinya sedang diekori buaya sehinggalah dimaklumkan orang ramai.

Menerusi video tular itu, buaya tersebut berenang menghampiri nelayan itu dan disyaki mahu membahamnya.

Namun, jeritan orang ramai membuatkan nelayan itu cuba berenang sekuat hati ke persisir pantai.

"Astaga, buaya, buaya. Cepat, buaya!" teriak orang ramai yang melihat kejadian itu.

Malah, orang ramai juga sempat melemparkan sesuatu untuk mengalihkan perhatian buaya daripada mahu nelayan itu.

Nelayan itu bernasib baik apabila dia sempat ke persisir pantai ketika buaya itu mengalih perhatiannya ke arah barangan yang dilempar. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram