[VIDEO] Angkara dendam lama, lelaki maut ditikam berulang kali di tengah jalan


  • Benua
  • Jumaat, 09 Dis 2022

Tangkap layar video yang memaparkan kejadian lelaki ditikam bekas suami kepada isterinya di Sumatera Utara, Indonesia.

SEORANG lelaki maut ditikam bekas suami kepada isterinya dalam kejadian di Jalan Sudirman, Sumatera Utara, Indonesia pada Selasa.

Difahamkan, mangsa, Abdul Aziz, 38, ketika kejadian sedang membawa motosikal bersama isterinya, Atika, sebelum secara tiba-tiba didatangi suspek yang menendang mereka hingga terjatuh.

Suspek yang juga bekas suami kepada Atika kemudian menikam mangsa beberapa kali dan motif kejadian didakwa berpunca daripada dendam lama.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat beberapa kali ditikam di bahagian dada, leher dan anggota tubuh yang lain.

Malah, orang ramai yang berada di sekeliling kawasan itu juga tidak berani melakukan apa-apa sehingga mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Tanjungbalai, Eri Prasetio mengesahkan kejadian dan memaklumkan usaha memburu suspek sedang dilakukan.

Tambahnya, dia juga enggan mendedahkan secara terperinci berkenaan punca dan kronologi kejadian memandangkan kes masih lagi dalam siasatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram