[VIDEO] Wanita sanggup gigit, sepak orang ramai hanya untuk tidur di tengah jalan


  • Benua
  • Ahad, 04 Dis 2022

Wanita tanpa identiti itu berkelakuan aneh dengan sanggup tidur di tengah jalan raya.

TULAR satu rakaman di media sosial menunjukkan seorang wanita berusia bertindak tidur pada waktu malam di tengah jalan sekitar Batang, Jawa Tengah, Indonesia.

Meskipun cuba dihalau dan dinasihati pengguna jalan raya yang lain, individu berkenaan tiba-tiba berkelakuan agresif dengan cuba menggigit tangan dan anggota badan orang ramai.

Akibat perbuatan itu, trafik kelihatan sesak dengan orang ramai dilihat turun daripada kenderaan masing-masing untuk mengetahui motif wanita tersebut.

Berdasarkan video yang dimuat naik akaun Facebook Batang Solution Info pada Sabtu, dia dilihat mengenakan pakaian berwarna ungu dan berselipar serta tudung putih.

Selain itu, kedengaran luahan daripada perakam video yang mengatakan pujukan dan desakan pengguna jalan raya tidak diendah, malah dimarahi oleh pelaku berkenaan.

"Diajak pulang tidak mahu, diajak ke tepi juga tidak mahu. Kalau ada sesiapa yang kenal, tolonglah pujuk dia," katanya.

Sehingga kini, identiti dan asal perempuan juga masih tidak diketahui dengan tiada laporan rasmi daripada pihak berkuasa tempatan yang berkongsi akan perkara tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram