[VIDEO] Geng konvoi motor lengkap bersenjata, siap libas parang ugut penduduk kampung


  • Benua
  • Khamis, 01 Dis 2022

Tangkap layar sekumpulan remaja bermotosikal mengacu parang ketika berkonvoi di kawasan kampung di Gunung Sindur, Kabupaten Bogor, Indonesia baru-baru ini.

SEKUMPULAN remaja bermotosikal mengundang ketakutan penduduk kampung di Gunung Sindur, Kabupaten Bogor, Indonesia baru-baru ini apabila mereka dilihat membawa senjata parang bersama.

Aksi geng bermotosikal itu difahamkan dianggotai oleh sekumpulan lelaki yang berkonvoi di kawasan terbabit sambil mengacukan senjata tajam ke arah penduduk sepanjang jalan raya.

Ketua kampung Gunung Sindur, Idham Khalid mendedahkan, sekumpulan remaja berkenaan turut bertindak menyerang dua pemuda.

Namun, serangan itu berjaya dipatahkan oleh penduduk kampung yang segera menghentikan rusuhan kumpulan motosikal terbabit.

Susulan kekecohan tersebut, anggota polis dari Balai Polis Gunung Sindur dikerahkan ke lokasi berkenaan segera bagi memantau situasi yang berlaku.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengecam perbuatan sekumpulan lelaki tersebut.

"Memalukan ibu bapa dan keluarga, sudah diberikan kemudahan motosikal lagi buat kacau dan tunjuk lagak seperti samseng," kata arykfnto.

"Konon mahu jadi wira, tapi kesudahannya hanya menjadi beban kepada keluarga, kasihan ibu bapa bayar yuran sekolah tetapi anak-anak jadi samseng," jelas sidudidu30.

"Sekumpulan lelaki yang tiada hala tuju hidup, tahu membazirkan wang ibu bapa, harap mereka semua ditahan polis segera," tambah wong.kidul77.

Pegawai polis turut melakukan rondaan di lokasi kejadian bagi mengelak daripada kekacauan itu berulang sekiranya sekumpulan remaja berkenaan kembali ke lokasi itu semula. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram