[VIDEO] Dera budak lelaki bertubi-tubi sampai terkencing, gadis tomboi akhirnya kena cekup


  • Benua
  • Khamis, 01 Dis 2022

Wanita itu sempat cuba melarikan diri dari pihak polis.  — Agensi

POLIS akhirnya berjaya menahan gadis berperwatakan tomboi yang mendera kanak-kanak kecil dengan cukup kejam di Bantaeng, Sulawesi Selatan, Indonesia.

Sebelum dicekup, gadis bernama Hasruni, 20, itu sempat cuba melarikan diri dari pihak polis.

Ketua Polis Bantaeng AKBP Andi Kumara berkata, penganiayaan itu berlaku di kampung Be'lang, Desa Bonto Atu, Kecamatan Bissappu, Bantaeng pada Isnin.

Selepas video suspek mendera mangsa tular, wanita itu kemudian melarikan diri.

“Selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu, polis Bantaeng segera ke rumah mangsa, mengarahkan ibu bapa budak lelaki itu membuat laporan polis dan segera mencari suspek,” kata Andi Kumara.

Selepas sembilan hari kejadian tersebut, suspek ditangkap pada Rabu sekitar pukul 11.00 malam.

“Untuk motif dan perkara lain berhubung kejadian itu, kita tunggu keputusan hasil pemeriksaan,” jelas pegawai itu.

Berdasarkan video tular itu, wanita tersebut sedang menghisap rokok di luar rumah sambil leka menggunakan telefon pintar sebelum mangsa menangis.

Selepas beberapa saat, suspek bangun untuk menarik tali dan mendera mangsa dengan pelbagai cara.

Wanita berkenaan pada mulanya memukul mulut mangsa untuk menampar pipi mangsa.

Selepas itu, Hasruni turut menumbuk mangsa menggunakan tangan kanannya dan mencubit dada mangsa.

Video tersebut dirakam oleh salah seorang individu yang berada di tempat kejadian dengan menggunakan telefon pintar.

Perakam video itu menyatakan bahawa akibat penderaan itu, mangsa terkencing dalam seluar.

Disebabkan mangsa terkencing dalam seluar, suspek bertambah emosi dan menyambung mendera budak lelaki itu.

Penangkapan suspek juga menjawab persoalan netizen yang sebelum ini menyangkakan gadis tomboi itu merupakan bapa budak malang terbabit sehingga menyebabkan video itu tular di laman sosial sejak minggu lepas. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram