[VIDEO] Hilang satu lagi nyawa pejuang Palestin, rejim Israel tembak mati lelaki tidak bersenjata


  • Benua
  • Ahad, 04 Dis 2022

Tangkap layar memaparkan seorang lelaki Palestin maut ditembak tentera Israel.

TULAR sebuah video memaparkan tindakan kejam tentera Israel menembak mati seorang lelaki Palestin di Baitulmaqdis pada Sabtu.

Kejadian berjaya dirakam menerusi sebuah video berdurasi 23 saat sebelum tular di media sosial.

Kejadian terbabit membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia termasuk mengutuk perbuatan kejam tentera Israel berkenaan.

Menerusi video berkenaan, kelihatan beberapa individu sedang bergelut dengan seorang tentera Israel.

Beberapa saat kemudian, tentera Israel berkenaan mengambil sepucuk pistol dan melepaskan empat das tembakan ke arah pemuda tersebut.

Tembakan itu menyebabkan mangsa yang berusia 22 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian dan punca kejadian masih belum dikenal pasti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyifatkan tindakan tentera Israel berkenaan terlalu zalim dan tiada sifat perikemanusiaan.

"Hilang satu nyawa umat Islam, ini terlalu kejam dan tidak sepatutnya menggunakan keganasan," kata El Kurd.

"Terlalu mudah tentera Israel menggunakan kekerasan terhadap umat Islam sehingga tiada sifat kemanusiaan," jelas Yousuf.

"Berapa ramai lagi akan terkorban dengan kekejaman tentera Israel, perkara ini harus dihentikan," luah Mahmadhou. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram