[VIDEO] Disyaki ada sifu, kecil-kecil dah berani rembat 'absorber ori' Yamaha RXZ di Selayang


  • Tular
  • Ahad, 27 Nov 2022

Tangkap layar daripada rakaman video tular menunjukkan seorang budak lelaki mencuri di Selayang.

SEORANG lelaki mengalami kerugian ratusan ringgit selepas dua penyerap hentakan (absorber) motosikal jenama Yamaha RXZ miliknya dicuri oleh seorang budak lelaki dipercayai warga asing pada Sabtu.

Kejadian curi itu dikongsikan oleh pemilik motosikal berkenaan haziq_nakal melalui akaun TikTok miliknya.

"Kecil-kecil dah pandai mencuri. Absober RXZ original tu dik oiii," tulisnya.

Menurut Haziq lagi, kejadian itu berlaku di Selayang, Selangor pada pukul 8.04 malam di depan deretan kedai kawasan berkenaan.

"Budak Burma," tulisnya lagi.

Dalam video rakaman kamera televisyen litar tertutup berdurasi 15 saat itu, budak lelaki berkenaan dilihat datang dari arah kanan premis berkenaan sebelum menghampiri salah sebuah motosikal yang diparkir di tepi kedai.

Dia kemudiannya dilihat mengeluarkan dua absorber motosikal yang diletakkan di dalam bakul motosikal berkenaan sebelum beredar dari kawasan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya geram dengan gelagat budak lelaki tersebut.

Seorang pengguna TikTok, Tam berasakan budak lelaki tersebut berkemungkinan diajar oleh orang dewasa.

"Aku rasa budak ini bukan buat kerja seorang, mesti ada yang ajar dan tunjuk ini... nampak dia pandang kiri kanan," tulisnya.

Sementara itu, Muhammad Hanif turut meminta agak pemilik berkenaan untuk berhati-hati pada masa depan.

"Zaman sekarang, tinggal barang sekejap saja dah bahaya. Kena lebih berhati-hati," katanya.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram