[VIDEO] Wanita seksi berambut 'blonde' mati terkujur dalam kereta, kena tembak berdas-das depan kedai runcit


  • Benua
  • Khamis, 24 Nov 2022

Tangkap layar mangsa wanita mati ditembak dua indivudu tidak dikenali.

SEORANG wanita maut selepas ditembak dua individu lelaki tidak dikenali ketika menunggu di dalam kereta di hadapan sebuah kedai runcit sekitar Ciudad Quesada, San Carlos, Costa Rica baru-baru ini.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa bersama rakannya sedang berhenti di premis berkenaan namun, situasi mula berubah apabila mereka didatangi seorang lelaki yang mengacukan pistol ke arah mereka.

Insiden itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan hangat diperkatakan warganet sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan, serangan itu berlaku ketika mangsa sedang bersendirian sementara menanti rakannya di dalam premis berkenaan.

Lebih memilukan, seorang lagi suspek kemudiannya turut serta dalam kejadian tersebut apabila mengeluarkan pistol dan menembak mangsa berulang kali.

Hasil siasatan pihak paramedik, mangsa dilaporkan mati di lokasi kejadian dengan tiga kesan tembakan di badan, dua di dada dan satu di muka.

Kawasan terbabit telah dikepung dan beberapa butir peluru ditemui di lokasi kejadian.

Beberapa pegawai unit beruniform telah dikerahkan untuk mencari kenderaan dan suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan terbabit.

Ejen Agensi Penyiasatan (OIJ) menemui kira-kira 15 butir peluru dalam insiden tembak menembak berkenaan dan mayat mangsa telah dibawa ke pusat perubatan forensik untuk dibedah siasat serta pemeriksaan menyeluruh.

Polis percaya motif kejadian dipercayai akibat tunggakan hutang si mangsa, namun siasatan lanjut masih sedang giat dijalankan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram