POLIS Mexico membuka kertas siasatan berikutan kematian seorang wanita yang dipukul sehingga meninggal dunia di sebuah pusat peranginan.
Mangsa, Shanquella Robinson ditemui maut di sebuah bilik resort di bandar San Jose del Cabo.
Berdasarkan rakaman yang tular, mangsa dipukul beberapa kali di kepala dan muka selain ditendang di badan.
Pada masa sama, terdengar suara lelaki yang meminta Robinson untuk melawan semula.
Bagaimanapun lelaki itu tidak mengambil sebarang tindakan atau cuba menghentikan pergaduhan itu.
Berdasarkan siastan, Robinson meninggal dunia akibat mengalami kecederaan tulang belakang yang teruk.
“Buat masa sekarang itu sahaja yang kami boleh kongsikan. Perkara ini masih lagi dalam siasatan,” kata wakil polis.
Bagi membantu siasatan, polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram