[VIDEO] ‘Wheelie’ tak menjadi, mat rempit tersembam cium jalan


  • Benua
  • Selasa, 15 Nov 2022

Tangkap layar video lelaki tersebut gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke tepi jalan di Indonesia.

TULAR sebuah video di media sosial Indonesia memaparkan seorang penunggang motosikal terbabas dan terpelanting di atas rumput ketika melakukan ‘wheelie’ dan beberapa aksi berbahaya pada Jumaat.

Berdasarkan rakaman video yang dimuat naik pengguna media sosial di Instagram, lelaki berkenaan melakukan aksi lagak ngeri dengan menunggang motosikal dalam keadaan tayar depan terangkat (wheelie).

Tidak cukup dengan itu, motosikal tersebut ditunggang dengan cara terhuyung-hayang tanpa menghiraukan kenderaan lain.

Namun tidak lama kemudian, dia gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke tepi jalan dan jatuh bergolek di atas kawasan dipenuhi rumput.

Dia juga nyaris dirempuh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

Video tersebut menjadi tular manakala orang ramai sempat meninggalkan pelbagai komen.

“Terlalu bergoyang sehingga berguling di atas rumput,” kata seorang pengguna.

“Terbang bebas dan melampaui batas,” kata seorang lagi pengguna laman sosial.

Tidak dapat dipastikan apakah nasib mat rempit terbabit. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram