SEEKOR ular sawa hampir membelit seorang lelaki yang sedang memancing di sebatang sungai berhampiran kawasan Parihara Panchayat, Jharkhand, India baru-baru ini.
Ketika kejadian, lelaki yang juga seorang warga emas dikenali sebagai Birjalai Ram itu dikatakan sedang mabuk sebelum menemui ular sawa terbabit berhampiran dengan sungai.
Dia kemudian mengambilnya dan meletakkan di leher serta membiarkan reptilia itu sehingga haiwan tersebut membelit.
Selepas beberapa ketika, dia mula berasa sesak nafas dan berusaha untuk menjerit bagi meminta pertolongan kepada anak lelakinya.
Melihat keadaan itu, anaknya segera membantu untuk melepaskan ular tersebut daripada terus membelit leher mangsa.
Pada mulanya, anaknya cuba merentap ular tersebut sehingga menyebabkan warga emas itu terjatuh ke dalam sungai.
Anaknya bersama seorang lagi rakan kemudiannya berusaha untuk ‘membebaskan’ Birjalai Ram, namun tidak berjaya.
Setelah beberapa kali cubaan, dalam tempoh masa 20 minit akhirnya ular tersebut berjaya melepaskan belitan dan dilepaskan di kawasan berhampiran. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram