[VIDEO] Ala adegan filem aksi, 2 kumpulan kongsi gelap berbalas tembakan tak puas hati keputusan lumba kereta lembu


  • Benua
  • Isnin, 14 Nov 2022

Tangkap layar kejadian tembak-menembak melibatkan dua buah kumpulan kongsi gelap di India.

TIDAK ubah seperti menonton filem aksi, kejadian tembak-menembah yang berlaku di Mumbai, India mengejutkan penduduk setempat.

Dianggarkan sekitar 15 hingga 20 das tembakan rambang dilepaskan oleh dua kumpulan kongsi gelap yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham.

Menurut jurucakap polis dari Balai Polis Shivajinagar, bergaduhan antara dua kumpulan itu berlaku dipercayai kerana kedua-duanya tidak puas hati dengan keputusan perlumbaan kereta lembu yang diadakan di Ambernath.

Susulan daripada itu, kedua-dua pihak saling meluahkan rasa tidak puas hati sehingga menyebabkan insiden tembak-menembak tercetus.

“Kejadian itu berlaku di laluan yang sibuk di Mumbai. Satu kumpulan berada di laluan manakala satu kumpulan lagi di sebelah kanan.

“Sewaktu kejadian, orang awam masih melalui jalan tersebut, namun sebahagiannya cuba berlindung di sebalik kenderaan yang ada di jalan,” katanya.

Tiada kemalangan jiwa dipercayai berlaku dalam kejadian tersebut.

Polis juga difahamkan masih meneruskan siasatan dan cuba mengesan individu yang terlibat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram