Datang tidak diundang, 30 tetamu ‘berpesta’ tumbukan di majlis kahwin


  • Benua
  • Ahad, 13 Nov 2022

Tangkap layar pergaduhan sehingga mengakibatkan 30 tetamu tercedera dalam satu pergaduhan di majlis perkahwinan.

DIANGGARKAN sekitar 30 individu tercedera ekoran terlibat dalam pergaduhan akibat salah faham apabila seorang individu tidak diundang muncul di acara tersebut.

Kejadian yang berlaku di Kerala, india pada Sabtu lalu itu dirakam oleh salah seorang tetamu dan tular di media sosial.

Difahamkan pergaduhan itu berlaku apabila seorang lelaki hadir ke majlis dengan membawa hadiah untuk diberikan kepada raja sehari.

Namun, sayangnya hadiah lelaki berkenaan ditolak oleh keluarga pengantin kerana dia tidak diundang ke acara terbabit.

Disebabkan itu, bapa dan ahli keluarga pengantin perempuan enggan menarima hadiah tersebut dan cuba untuk menghalaunya keluar.

Bagaimanapun disebabkan rasa tidak puas hati, lelaki itu tetap dengan pendiriannya untuk memberikan hadiah berkenaan kepada pasangan pengantin.

Dalam majlis itu, bapa pengantin perempuan cedera selepas kepalanya dipukul dengan kerusi plastik dan terjatuh ke lantai.

Meskipun seorang anggota polis dilihat berada di lokasi kejadian, namun dia tidak dapat meleraikan pergaduhan itu.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram