[VIDEO] Bengang ditanya soalan peribadi, wanita serang wartawan luar balai polis


  • Benua
  • Khamis, 10 Nov 2022

Tangkap layar wanita menyerang wartawan kerana tidak puas hati ditanyakan soalan peribadi.

SEORANG wanita tidak puas hati apabila ditanya tentang soalan peribadi melibatkan kejadian dia nyaris menjadi mangsa serangan seksual dalam sebuah kereta jenis Audi di India baru-baru ini.

Kejadian itu dirakam dan videonya tular memperlihatkan dirinya sedang menangis, menjerit dan merayu agar dilepaskan.

Ketika itu, mangsa dipercayai berada di dalam kereta bersama seorang lelaki.

Dia bernasib baik kerana ketika kejadian pintu kereta terbuka dan dua orang penunggang motosikal menghampiri kenderaan mewah itu lalu menghubungi polis.

Dia yang hanya memakai gaun pendek tanpa lengan kemudian berjaya melepaskan diri dan meninggal kereta tersebut dalam keadaan menangis.

Susulan itu, dia yang ditemui di Balai Polis Vijay Nagar, India kemudiannya dikerumuni wartawan untuk mendapatkan pengesahan mengenai insiden tersebut.

Wanita terbabit bagaimanapun berang dan menampar salah seorang wartawan. Pada masa sama, dia turut dilihat menolak beberapa jurugambar dan berusaha untuk melarikan diri bagi mengelakkan gambarnya dirakam.

Video wanita itu mengamuk di balai polis tular di media sosial sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi.

Sebilangan mereka mengatakan wanita itu bertindak demikian kerana individu dalam kereta tersebut merupakan seorang ‘sugar daddy’.

“Tentu dia tidak mahu dikenali kerana dilihat sahaja bagaimana keadaan dia di dalam kereta itu,” kata Rizz_Jo.

“Kereta mewah, berpakaian seperti baru lepas pulang daripada parti. Mungkin lelaki itu sugar daddy atau mereka sebenarnya mempunyai hubungan sulit,” kata Jamme00998

Sementara itu, polis India sedang melakukan siasatan terhadap insiden serangan ke atas mangsa.

Pihak polis turut mengharapkan agar wanita terbabit tidak diganggu kerana bimbang akan menjejaskan siasatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram