SEORANG wanita yang bergelar isteri lunyai dibelasah oleh suami serta keluarga mentua dalam kejadian yang berlaku di Gwalior, India, pada Selasa.
Kejadian tersebut kian tular di media sosial melalui akaun Times Now Navbharat di Twitter dan kini mendapat lebih daripada 180 tontonan.
Menerusi rakaman itu, kelihatan lapan ke sembilan orang yang bertindak menendang dan memukul wanita tersebut menggunakan kayu.
Orang ramai dilihat hanya mampu memerhati dan tidak berani mencampuri urusan keluarga tersebut.
Menurut laporan Latestly, kejadian itu bermula dengan pertengkaran antara si suami dan isteri sebelum menjadi pergaduhan besar antara mangsa bersama suami dan keluarga mentua mangsa.
Difahamkan, kejadian itu berlaku kerana mangsa, Malti Kushwaha, memukul suaminya sehingga menyebabkan kaki suaminya patah.
Menurut kenyataan polis, Malti dan suaminya, masing-masing membuat laporan polis atas kejadian yang berlaku.
Setakat ini, tiada laporan lanjut berkenaan keadaan mangsa selepas kejadian tersebut.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram