SEPASANG suami isteri tidak puas hati apabila motosikal yang dinaiki mereka bersama seorang kanak-kanak lingkungan usia dua tahun dirempuh oleh sebuah kenderaan.
Kejadian yang berlaku di Junnar, Pure, India itu turut dirakam menerusi kemera litar tertutup (CCTV) sebuah premis yang berhampiran laluan jalan raya.
Berdasarkan rakaman, pasangan terbabit dilihat tidak memberhentikan atau memperlahankan motosikal meskipun jelas kelihatan kenderaan jenis Suzuki Wagon R datang dari arah bertentangan.
Disebabkan gagal mengelak, kereta tersebut kemudian merempuh motosikal berkenaan dan mengakibatkan ketiga-tiga mangsa terjatuh.
Melihat kejadian itu, orang ramai bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa.
Selepas membantu isteri dan anaknya, lelaki itu kemudian memarahi pemandu kereta terbabit dan memberitahu orang ramai bahawa kemalangan tersebut berkemungkinan akan menyebabkan kecederaan teruk kepada anaknya.
Awalnya, tanpa mengetahui kewujudan CCTV berkenaan, warganet meletakkan 100 peratus kesalahan dan tanggungjawab kepada pemandu kereta terbabit.
Bagaimanapun setelah video kemalangan tersebar, warganet dapat melihat dengan jelas situasi sebenar.
Warganet turut berpihak kepada pemandu terbabit dan menasihatkan penunggang motosikal berkenaan agar lebih berhati-hati dan tidak mementingkan diri.
“Hanya kerana dia bersama seorang kanak-kanak belum tentu dia berada di pihak yang benar.
“Dia seharusnya perlu dihukum kerana tidak memakai topi keledar dan menunggang secara berbahaya. Tanpa menoleh ke kiri dan kanan, dia terus sahaja masuk ke simpang jalan,” kata pengguna media sosial.
Difahamkan mangsa yang terlibat tidak mengalami kecederaan serius dan tiada kenyataan rasmi oleh polis tempatan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram