[VIDEO] Pipi kiri tertembus anak panah ketika asyik bergayut telefon


  • Benua
  • Selasa, 08 Nov 2022

Keadaan lelaki yang cedera tertusuk anak panah ketika dirawat di klinik dalam kejadian di Indonesia. — Agensi

SEORANG lelaki berusia 21 tahun mengalami kecelakaan ngeri selepas tertusuk anak panah di pipi kirinya.

Kejadian berlaku Takalar, Sulawesi Selatan, Indonesia, kira-kira pukul 9.30 malam Isnin.

Menyingkap kembali kejadian tersebut, mangsa yang dikenali sebagai Irlan berkata, ketika itu dia sedang duduk sambil menghubungi seseorang.

"Secara tiba-tiba muncul tiga lelaki yang menaiki sebuah motosikal menembak anak panah hingga tertusuk ke pipi saya.

"Selepas itu mereka terus melarikan diri dan saya sendiri tidak tahu apa punca mereka berbuat demikian," katanya.

Irlan kemudian dibawa penduduk setempat untuk mendapatkan rawatan lanjut di klinik kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram