[VIDEO] Penari K-Pop kena lempar kerusi plastik dengan makcik bertudung merah


  • Benua
  • Selasa, 08 Nov 2022

Seorang wanita yang bersembunyi di sebalik kios menjual baju secara tiba-tiba melempar sebuah kerusi berwarna hijau ke arah penari tersebut. — Agensi

SEBUAH video tular di media sosial Indonesia memaparkan insiden seorang wanita melempar kerusi ke arah peserta tarian K-pop yang sedang membuat persembahan di sebuah pusat beli-belah, lapor portal Era.id pada Isnin.

Berdasarkan video tersebut, penari berkenaan dilihat sedang asyik melakukan tarian K-pop di pusat beli-belah berkenaan di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia baru-baru ini.

Seorang wanita pertengahan usia bertudung merah yang bersembunyi di sebalik kios menjual baju, secara tiba-tiba melempar sebuah kerusi berwarna hijau ke arah penari tersebut.

Kerusi itu bagaimanapun tidak mengenai peserta berkenaan dan dia dilihat meneruskan tariannya.

Video tersebut menjadi tular dengan orang ramai memberikan pelbagai komen.

“Itu bukan ibu saya,” kata seorang pengguna.

“Apa masalahnya? Bukankah dia cuma menari sahaja. Lebih baik begitu daripada dia melakukan perkara yang bukan-bukan,” kata seorang lagi pengguna media sosial.

Pihak penganjur dikatakan cukup kecewa dengan insiden itu dan dilaporkan mahu mengambil tindakan susulan terhadap makcik berkenaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram