[VIDEO] Mati dilempar batu, lelaki biar bangkai kucing berlumuran darah depan rumah orang kampung


  • Benua
  • Isnin, 07 Nov 2022

Tangkap layar memaparkan orang ramai berkerumun bagi melihat bangkai kucing tersebut.

BANGKAI seekor kucing ditemui berlumuran darah dipercayai akibat perbuatan kejam seorang lelaki yang melempar batu ke arahnya sehingga menyebabkan ia mati yang berlaku di Jakarta, Indonesia, pada Isnin.

Video tersebut tular melalui akaun Instagram @Merekamjakarta dan mendapat lebih daripada 44,000 tontonan.

Menerusi rakaman video tersebut, orang ramai dilihat terkejut dengan penemuan bangkai kucing itu di hadapan sebuah rumah penduduk kampung.

Orang ramai cuba membersihkan kawasan tersebut bagi mengelakkan bau busuk bangkai kucing itu..

Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada tindakan seorang lelaki yang melemparkan batu terhadap kucing tersebut sehingga menyebabkannya mati.

Punca tindakan lelaki tersebut masih tidak diketahui.

Penduduk di situ dikatakan segera membuat laporan polis berikutan kejadian yang berlaku.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Kucing, Bangkai, Jakarta, Lempar batu, Tular