Tak pasal-pasal, 2 bintang jadi mangsa amukan penyokong Penang FC


  • Podium
  • Jumaat, 28 Okt 2022

Nama Endrick (kanan) antara dikritik peminat Penang FC apabila tidak memberikan sumbangan dan mempamerkan persembahan kurang memberangsangkan ketika bertemu Kuching City. — Facebook/Penang FC

PENANG FC gagal memanfaatkan kelebihan di laman sendiri apabila sekadar melakar keputusan seri 2-2 sewaktu menentang pasukan Liga Perdana, Kuching City FC dalam aksi pertama pusingan kalah mati Piala Malaysia di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Rabu.

Gol pertama skuad di bawah kendalian Manzoor Azwira Abd Wahid, dihasilkan pada minit ke-38 melalui Lucas Espindola Da Silva sebelum Kuching City meledak gol penyamaan melalui sepakan percuma Mohamad Aliff Hassan.

Jaringan kedua Kuching City disumbangkan oleh penjaring gol terbanyak saingan Liga Perdana, Abu Kamara pada minit ke-73.

Berselang lima minit kemudian, Lucas Da Silva sekali lagi muncul wira pasukan apabila menyamakan kedudukan buat pasukan itu.

Keputusan akhir perlawanan itu membuatkan Penang FC terpaksa melupakan hasrat untuk memulihkan maruah pasukan buat seketika.

Lebih teruk lagi, penyokong yang tidak berpuas hati bertindak menunding jari ke arah dua pemain Harimau Kumbang apabila berasakan sumbangan dan persembahan mereka kurang memberangsangkan.

Pemain yang dimaksudkan ialah bintang import, Endrick dos Santos dan pemain tengah, Mohamad Azizzan Nordin.

endrick

Endrick mula menyarung jersi Penang FC pada 2020. — Facebook/Penang FC

“Endrick pentingkan diri. Pilihan untuk beri hantaran banyak tetap nak score sendiri (main solo).

“Azizzan Nordin memang masalah memanjang perlahankan tempo permainan macam tengah leading dari aksi debut dia untuk Penang lagi.. Kerjasama musim lepas dah hilang.. Harap Manzoor cuci balik pemain-pemain toksik ini,” luah penyokong Harimau Kumbang, AK.

“Azizzan Nordin itu aku tidak berapa suka cara permainan dia sebab itu Sabah lepaskan dia kot...Kita saja rajin kutip orang yang tak mahu dah,” kata penyokong, Mohammad Razman Abd Rahim.

“Endrick ini tamak..semua dia nak buat..itu saja nak kata,” komen penyokong, Eshaq Al Jafri Eshaq.

Tonggak tengah, Azizzan Nordin juga menjadi kritikan penyokong Penang dan rata-ratanya berasa adalah satu kerugian buat Harimau Selatan mendapatkan khidmatnya dari Sabah FC pada musim 2021.

Screenshot 2022-10-27 at 9.06.32 PM

Harimau Kumbang mendapatkan khidmat Azizzan Nordin dari Sabah FC pada musim 2021. — Facebook/Penang FC

Pada masa sama, sikap Endrick bukan hanya dipersoalkan dalam perlawanan menentang Kucing City, malah kontroversi yang membabitkan prestasi hambarnya pada musim ini.

Bagi penyokong Harimau Kumbang, jika kedua-dua pemain itu kekal dengan sikap negatif, ia hanya merosakkan rancangan untuk Penang FC mencapai sasaran melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia.

Pada aksi seterusnya, giliran Harimau Kumbang pula bertandang ke Stadium Negeri, Kuching, Sarawak bagi aksi timbal balik pada 31 Oktober ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram