
SEKUMPULAN nelayan dikejutkan dengan penemuan seorang lelaki dalam keadaan bogel di tepi pantai, di Koh Samui, Thailand pada Khamis.
Difahamkan lelaki berusia 30-an itu menyambut ulang tahun kelahirannya minggu lalu dengan cara meraikan bersama minuman keras dan dadah jenis ganja.
Lelaki berasal dari Epsom, Britain itu bagaimanapun tidak mengetahui bagaimana dia boleh berada di persisiran pantai Koh Samui, Thailand.
Dia juga mengatakan tidak mampu mengingati sebarang apa yang terjadi sepanjang tempoh dua hari sebelum ditemukan di pantai itu pada Khamis.
Menurut jurucakap polis, lelaki itu masuk ke negara terbabit menggunakan visa pelancong untuk menghadiri majlis perkahwinan.
“Seorang nelayan melihatnya berenang di laut dan menghampiri bahagian laut dalam. Disebabkan bimbang dia akan lemas, nelayan itu cuba untuk membawanya ke darat, namun dia dikatakan agresif dan menjeri bahawa ingin bertemu Tuhan.
“Biarpun dia menolak, tetapi nelayan itu berjaya membawanya naik ke darat dan menghubungi polis,” jelasnya.
Polis kemudian menasihatkan lelaki terbabit dan memintanya untuk pulang semula ke hotel dan berehat.
Namun, lelaki itu membalas dia mahu berada di pantai itu untuk bermeditasi.
"Saya tidak akan meninggalkan pantai syurga ini," katanya.
Setelah beberapa minit, polis akhirnya berjaya memujuk lelaki terbabit untuk pulang semula ke hotel dan tidak mengenakan sebarang tindakan terhadapnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram