[VIDEO] Cuba rompak stesen minyak, penjenayah hati kering temui ajal di tangan 'pak guard'


  • Benua
  • Selasa, 01 Nov 2022

HASRAT dua penjenayah merompak sebuah stesen minyak tidak kesampaian apabila salah seorang daripada suspek maut ditembak pengawal keselamatan dalam kejadian dekat Amritsar, India, pada Isnin.

Kejadian itu tular menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik oleh Nikhil Choudhary di laman Twitter dan mendapat sebanyak 63.5 juta tontonan.

Menerusi rakaman CCTV tersebut, dua perompak itu pada mulanya datang mendekati pelanggan dan pekerja pam minyak sebelum mula menyerang dan merompak mereka.

Perompak itu dengan beraninya mendekati pekerja pam minyak tersebut walaupun menyedari pengawal keselamatan di situ sudah mengacukan pistol ke arahnya.

Pengawal keselamatan di situ berjaya menembak salah seorang perompak sebelum suspek rebah di tempat kejadian.

Seorang lagi perompak berbaju gelap berjaya melarikan diri dengan motosikal dari tempat kejadian.

Menurut laporan media tempatan, perompak tersebut mati di tempat kejadian dan pihak polis masih dalam usaha untuk menangkap lagi seorang suspek.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram