[VIDEO] Staf wanita selamba guna playar halau perompak bank


  • Benua
  • Selasa, 18 Okt 2022

Tangkap layar memaparkan Poonam Gupta mengacukan playar pada perompak tersebut.

PEGAWAI bank, Poonam Gupta jadi hero halau perompak guna pelayar yang berlaku di India, pada Sabtu.

SEORANG wanita bertindak berani apabila berjaya menghalau perompak yang bersenjatakan pisau hanya dengan menggunakan playar.

Kejadian itu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) berlaku di sebuah cawangan Bank Gramin Marudhara, di Sri Ganganagar, India.

Menurut laporan Times Now, perompak dipercayai membawa masuk sebuah beg ke dalam cawangan bank tersebut dan mengugut beberapa pekerja bank dengan mengacukan pisau ke arahnya.

Perompak tersebut turut memaksa pekerja bank itu untuk memenuhkan bag tersebut dengan segala wang tunai yang ada dan terus menuju ke bilik pegawai bank tersebut.

Namun, sebaik sahaja dia kembali ke ruang khidmat pelanggan itu, salah seorang pekerja bank cuba untuk mengambil pisau tersebut daripada perompak berkenaan, namun cubaan tersebut gagal dan perompak bertindak menyerang pekerja berkenaan.

Kemudian, staf wanita, Poonam Gupta menggapai playar di atas meja dan cuba mengetuk tangan perompak itu.

Gupta juga dengan beraninya bersemuka dengan perompak tersebut walaupun diacukan pisau.

Beberapa saat kemudian, salah seorang staf lelaki kelihatan keluar dan perompak terbabit juga dipercayai cuba mengejar kakitangan bank itu.

Gupta kemudiannya menunjukkan isyarat bagus kepada rakan-rakannya yang lain, dipercayai sebagai menghargai keberanian mereka melawan perompak itu.

Menurut laporan, semasa insiden tersebut berlaku, sebanyak RM170,000 berada di dalam bank tersebut.

Suspek yang dikenali sebagai Lavish Arora berjaya ditahan sejurus selepas kejadian dan siasatan mendapati perompak itu mengaku dia ahli kumpulan penjenayah yang digelar Lawrence Bishnoi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram