[VIDEO] Pertunjukan bertukar tragedi, janggut disambar api nyaris bakar muka penunjuk lagak aksi


  • Benua
  • Isnin, 31 Okt 2022

Tangkap layar memaparkan seorang penunjuk lagak aksi yang terbakar wajahnya ketika sedang melakukan pertunjukan api di India.

PERTUNJUKAN api bertukar tragedi apabila wajah seorang lelaki nyaris terbakar dalam kejadian dipercayai berlaku di India, pada Ahad.

Rakaman tersebut dikongsikan oleh Ravi Patidar di Instagram dan mendapat lebih 12 juta tontonan.

Menerusi rakaman video tersebut, orang ramai dilihat bersedia disekeliling seorang lelaki untuk melihat satu pertunjukan api.

Penunjuk lagak aksi tersebut dilihat bersedia melakukan pertunjukannya dengan memegang kayu api di tangannya dan menghembus minyak petrol pada kayu api tersebut.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba api itu menyambar janggut dan muka lelaki tersebut. Tindakan pantas orang ramai berjaya menyelamatkan mukanya dengan menepuk-nepuk wajahnya supaya api padam.

Tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai risau dan bimbang dengan keadaan lelaki tersebut.

"Harap tiada yang teruk dalam pertunjukan itu, lelaki itu baik-baik sahaja atau bagaimana?" kata Jayesh.

"Bahaya macam ini tak boleh dijangka, apa-apa pun semoga dia terus semangat dalam pekerjaannya", luah Sanjay.

"Nasib ramai orang tolong, kalau tak dengan penonton sekali terbakar muka mereka", ujar Mitlesh.

Tidak ada sebarang maklumat lanjut berkenaan keadaan terkini lelaki tersebut.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram