POLIS sudah menahan seorang lelaki yang menikam seorang wanita di kedai dobi layan diri yang berlaku di daerah Mueang Chon Buri, Chon Buri, Thailand pada Sabtu.
Pada waktu kejadian, mangsa pada ketika itu berada di premis berkenaan seorang diri sebelum dihampiri suspek.
Dalam satu rakamanan telivisyen litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di premis berkenaan memaparkan suspek kelihatan mundar-mandir dalam keadaan yang mencurigakan sebelum menghampiri wanita tersebut.
Suspek kemudiannya terus mengeluarkan senjata dipercayai pisau dan menikam mangsa beberapa kali.
Suspek kemudiannya dilihat beredar dari premis berkenaan selepas mangsa cuba melawan dan lari keluar untuk mendapatkan pertolongan dari orang awam.
Memetik laporan media antarabangsa, suspek berusia 29 tahun, ditangkap di rumah sewa miliknya sehari selepas kejadian jenayah itu berlaku.
Suspek juga mengaku menikam wanita tersebut namun tidak dapat dipastikan sama ada suspek akan didakwa atas kesalahan tersebut atau mengalami masalah mental.
Sementara itu, Pengarah Institut Psikiatri Somdet Chao Phraya, Dr. Sarutpan Chakrabhand Na Ayudhya berkata, jika berlaku serangan fizikal, perkara pertama yang perlu dibezakan ialah sama ada suspek sakit atau tidak.
"Tingkah laku itu juga boleh disebabkan oleh tabiat atau tidak dapat mengawal emosi.
"Walau bagaimanapun, tidak semua pesakit psikiatri akan melakukan perbuatan ganas," katanya.
Mangsa mendapatkan rawatan di hospital dan disahkan selamat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram