[VIDEO] Calon datuk bandar kantoi, perbuatan cabut papan tanda kempen lawan terbongkar


  • Benua
  • Jumaat, 28 Okt 2022

Tangkap layar Ignasiak menunjukkan dirinya mencabut papan tanda kempen calon datuk bandar di New Jersey.

SEORANG bekas datuk bandar dikatakan terlibat dengan perbuatan khianat apabila dia didakwa cuba mengalihkan papan tanda kempen pihak lawan.

Kejadian memalukan itu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) sebuah restoran yang menunjukkan Michael Ignasiak, bekas Datuk Bandar Edgewater, New Jersey di Amerika Syarikat mencabut papan tanda kempen pemilihan baru-baru ini.

Ignasiak bertanding lagi untuk jawatan yang pernah disandangnya dipanggil oleh pihak polis bagi menjelaskan punca dia bertindak sedemikian.

Menurut jurucakap polis, Ignasiak bertindak demikian kerana papan tanda pihak lawan menghalang papan tanda kempennya.

“Dia (Ignasiak) sudah cuba untuk menghubungi pihak yang bertanggungjawab dalam meletakkan papan tanda tersebut, namun tidak mendapat jawapan,” jelasnya.

Bagaimanapun, penduduk setempat termasuk calon lawannya, Diezel Depew meluahkan rasa kesal terhadap tindakan itu.

“Saya mengharapkan agar dia dapat memberikan kenyataan maaf dan menjelaskan mengapa perkara itu boleh berlaku,” ujar Depew.

Sementara itu, Ignasiak bagaimanapun berdepan dengan pertuduhan kecurian oleh pihak majlis daerah atas kesalahannya mengalihkan papan tanda berkenaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram