
RAHSIA hubungan sulit seorang lelaki di India dengan teman wanitanya terbongkar apabila diketahui isterinya baru-baru ini.
Sebelum itu, lelaki curang berkenaan pergi mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan bersama kekasihnya.
Pada masa sama, isteri lelaki terbabit turut hadir ke lokasi sama kerana ingin menemani suaminya itu.
Bagaimanapun, alangkah terkejutnya dia apabila melihat suaminya hadir bersama wanita lain.
Kemudian pergaduhan antara dua wanita itu berlaku sehingga melarat ke luar bangunan. Mereka bergaduh di tengah laluan jalan raya sekali gus menghalang lalu lintas kenderaan.
Berdasarkan satu rakaman yang tular, isteri lelaki yang memakai baju kurta merah jambu itu cuba untuk menarik rambut kekasih suaminya, namun gagal.
Rakaman wanita berang suami pergi ke pusat rawatan bersama kekasih.
Berlaku aksi tolak menolak antara mereka. Kekasih suaminya yang memakai baju kurta merah kemudian menolak wanita malang itu sehingga jatuh terduduk di atas jalan.
Tidak puas hati diperlakukan sedemikian rupa, wanita itu bingkas bangun dan cuba untuk menarik rambut kekasih suaminya.
Namun kekasih gelap suaminya berjaya mengelak dan kedua-duanya saling tolak menolak antara satu sama lain.
Ketika mereka bergaduh, lelaki ‘durjana’ itu cuba untuk meleraikan pergaduhan antara mereka dengan cara memukul muka dan kepala kedua-dua wanita itu menggunakan selipar.
Biarpun sudah dipukul beberapa kali, kedua-dua tetap meneruskan pergaduhan.
Pada masa sama, lelaki itu cuba untuk meminta isterinya pulang, namun wanita terbabit tidak mengendahkan permintaan suaminya.
Bagaimanapun, kekasih lelaki berkenaan akhirnya memilih untuk pergi dan meninggalkan lokasi kejadian.
Tidak ketahui bagaimana kesudahan cerita melibatkan ketiga-tiga individu terbabit, namun video itu kini tular di laman sosial. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram