SEBUAH video tular memaparkan seorang penduduk dipercayai di Kota Makasar, Sulawesi Selatan, Indonesia diserang sekumpulan lelaki yang mana salah seorang suspek merupakan teman lelaki isterinya, lapor laman berita Suara.com.
Insiden itu dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya yang kebetulan berada di tempat kejadian dan dimuat naik oleh @kamerapengawas.id. dalam Instagram.
Ketika kejadian, beberapa orang kelihatan sedang berlari selain kedengaran suara wanita menjerit seperti meminta tolong.
Menurut hantaran tersebut, lelaki yang menjalinkan hubungan sulit dengan isteri mangsa mengajak tiga rakan sekerjanya untuk memukul mangsa secara beramai-ramai.
Video itu turut merakamkan keadaan mangsa selepas dibawa ke hospital yang mana terdapat beberapa kesan luka pada badan mangsa akibat dipukul kumpulan tersebut.
Berdasarkan tinjauan Majoriti di ruangan komen, video berkenaan mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.
“Dunia sudah terbalik yang dipukul malah suami yang sah,” kata Hermas Herianto.
"Bagaimana seorang isteri tergamak melakukan perkara terkutuk ini," ujar Riandy_eka
"Cakap sahaja mahu perpisahan jika sudah tidak sehaluan dengan pasangan, bukannya upah orang lain untuk ragut nyawa dia," jelas Rizky Mach.
Sebelum ini Majoriti pernah melaporkan kes yang mana seorang lelaki curang diserang oleh teman wanitanya ketika mengunjungi sebuah pusat beli-belah bersama isteri dan anaknya— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram