[VIDEO] Dunia sudah terbalik, skandal pula ganyang lelaki curang depan isteri dan anak


  • Benua
  • Ahad, 23 Okt 2022

Tangkap layar video memaparkan seorang wanita menyerang sepasang suami isteri di pusat beli-belah di Indonesia.

TULAR sebuah video di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki yang curang diserang oleh teman wanitanya ketika mengunjungi sebuah pusat beli-belah bersama isteri dan anaknya, lapor laman berita Wolipop pada Selasa.

Video berdurasi satu minit itu dimuat naik oleh pengguna TikTok @ciendel6 dan pasangan suami isteri itu difahamkan sedang menunggu untuk menonton wayang tetapi perkara lain pula yang terjadi.

Berdasarkan video itu, seorang wanita yang lalu-lalang di hadapan mereka berhenti dan bersemuka lalu memarahi lelaki itu, manakala Isteri kepada lelaki berkenaan kelihatan sedang mendukung bayinya.

Menurut si perakam, wanita itu memarahi lelaki yang keluar bersama isterinya. Isteri lelaki itu kelihatan pasrah ketika suaminya bergaduh dengan wanita terbabit ketika sedang mendukung bayinya.

“Wanita itu datang dan menunjukkan mesej perbualan mereka kepada isteri lelaki tersebut sehingga membuat kecoh di pusat beli-belah. Dia menarik tangan isteri lelaki itu walaupun sedang mendukung anak.

“Bayi itu kemudian diambil oleh si suami sebelum dia dipukul. Mereka terus bergaduh di depan khalayak ramai,” katanya.

Situasi semakin tegang sehingga dua pengawal keselamatan terpaksa terlibat untuk meleraikan keadaan.

Pasangan itu kemudian diminta ke pos pengawal keselamatan untuk disoal siasat.

Video itu mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.

“Isterinya cukup hebat kerana bersabar,” kata seorang pengguna media sosial.

“Semoga isteri dan anaknya yang sah dikurniakan kebahagiaan,” kata seorang lagi netizen. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram