Belasah kawan sebab rebut kekasih, profesor tumpang sekaki telanjangkan mangsa


  • Benua
  • Ahad, 23 Okt 2022

Tangkap layar mangsa dipukul oleh sekumpulan individu sehingga separuh bogel.

MEMILIKI sahabat baik yang sentiasa ada untuk membantu dalam apa jua keadaan merupakan salah satu nikmat yang dikurniakan Tuhan buat kita.

Bagaimanapun berbeza pula dengan nasib dua orang wanita yang dipercayai merupakan kenalan rapat, namun hubungan mereka berakhirnya gara-gara berebut kekasih.

Insiden itu berlaku apabila seorang remaja, Emmanuela Ekpa Avokhai menuduh mangsa merampas kekasihnya. Disebabkan rasa tidak puas hati, Emmanuela atau dikenali sebagai Ella mengajak ahli keluarga untuk ‘mengajar’ kawannya itu.

Menurusi rakaman video yang tular, mangsa dilihat sedang berada di dalam sebuah bilik sebelum didatangi keluarga Ella. Salah seorang ahli keluarga mengarahkan mangsa untuk keluar sebelum memukulnya dengan beberapa dahan pokok.

Mangsa berusaha meminta tolong dan diminta untuk tidak diperlakukan sedemikian, namun tangisannya tidak diendahkan.

Bapa Ella, Prof Dr Fred Ekpa Ayokhai, seorang profesor bersekutu Jabatan Sejarah dan Pengajian Antarabangsa Universiti Persekutuan Lafia, Nigeria kemudian mengajaknya berbincang di dalam sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda (4x4) sebelum dibawa ke kawasan semak.

Rakaman video menunjukkan seorang wanita dipukul dan diserang oleh beberapa individu.

Di situ, Fred Ekpa menggunting pakaian mangsa dan dibiarkan dalam keadaan separuh bogel.

Mangsa kemudian dipukul tanpa belas kasihan oleh beberapa orang ahli keluarga Ella.

Kejadian tersebut lantas menarik perhatian masyarakat dan polis menahan Fred dan Ella.

Seorang lelaki yang turut disyaki terlibat dalam serangan itu kini sedang diburu oleh pihak berkuasa.

Menurut jurucakap polis, Adesina Soyemi, pihaknya sudah melakukan siasatan dan mengarahkan anggota untuk mengesan seorang lagi suspek.

“Mereka yang ditangkap harus didakwa di mahkmah dan pendakwaan akan dilakukan setelah siasatan oleh Jabatan Jenayah Negeri Lafia selesai,” katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram