![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2022/10/22/1787684.jpg)
HUJAN lebat yang melanda kebelakangan ini telah mengakibatkan pelbagai kerosakan apabila berlakunya bencana banjir.
Rumah, hasil tanaman mahupun kereta, semuanya musnah dimasuki air banjir yang sekali gus mendatangkan kerisauan kepada penduduk yang terjejas.
Situasi itu bencana banjir turut mendatangkan masalah kepada pengurusan jenazah yang mahu dikebumikan di tanah perkuburan apabila kawasan tersebut turut ditenggelami air.
Ia boleh digambarkan menerusi kejadian yang menimpa penduduk di Indonesia apabila mereka terpaksa mengebumikan jenazah dalam keadaan kubur yang dipenuhi air dan lumpur baru-baru ini.
Dikongsikan di laman Instagram, beberapa orang pemuda dilihat sedang menggali kubur di sebuah tanah perkuburan.
Kawasan liang lahat yang digali diletakkan dengan empat batang pokok bagi mengelakkan ia daripada dimasuki air.
Selesai mengebumikan jenazah, seorang lelaki dipercayai ustaz kemudiannya membacakan doa dan talqin selepas tanah itu ditimbus oleh beberapa petugas tanah perkuburan.
Di ruangan komen, netizen turut meninggalkan pendapat berhubung situasi tersebut.
“Ya ALLAH kasihannya jenazah itu, kenapa tidak dikebumikan di kawasan tanah yang tinggi sekurang-kurangnya tidak ditenggelami air banjir,” kata shinjoriorichimaru.
“Cari la tempat ataupun kawasan perkuburan lain, di situ masih banjir dan kemungkinan akan bertambah teruk sekiranya hujan melanda lagi,” jelas yakuzabdg5.
“Kasihan jenazahnya, di kampung lain kan ada tanah perkuburan kenapa tidak dikebumikan di situ, mereka macam sudah tiada pilihan lain,” tambah muji9761.
Namun, lokasi sebenar kejadian itu masih belum diketahui setakat ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram