SEORANG lelaki nekad membunuh isterinya dan menyumbat mayat wanita itu dalam sebuah beg pakaian dan ditinggalkan di bawah sebatang pokok di tepi jalan selepas terlibat dalam pertengkaran.
Polis Gurugram, India melaporkan suspek, Rahul bertengkar dengan isterinya disebabkan berlaku salah faham antara mereka. Disebabkan berang, Rahul kemudian mencekik isterinya, Priyanka sehingga mati.
Dalam pada itu suspek mengaku bersalah melakukan jenayah terbabit manakala kemaluan mangsa dipercayai dicederakan dengan objek tumpul.
Rakaman mayat wanita bogel ditemui yang disumbat dalam beg pakaian.
Insiden pembunuhan itu kemudian menjadi kontroversi apabila ada dakwaan mengatakan mangsa dibunuh oleh kekasih beragama Islam.
Perkara itu hangat diperkatakan di Twitter apabila pemilik akaun, Bhanu30952745 mendakwa perbalahan berpunca daripada perbezaan agama antara Hindu dan Islam.
"Kami sudah membuat siasatan dan mendapati kedua-duanya beragama Hindu. Jangan mudah membuat andaian dan diharapkan perkara ini tidak terkait dengan perbezaan agama," kata wakil polis. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram