[VIDEO] Rempuhan maut, nahas bas hentam lori di lebuh raya korbankan 3 nyawa


  • Benua
  • Khamis, 20 Okt 2022

Tangkap layar memaparkan sebuah bas menghentam sebuah lori di lebuh raya Tanjung Brebes, Indonesia.

TULAR sebuah video yang merakamkan detik-detik cemas ketika sebuah bas menghentam sebuah lori di sisi lebuh raya di Tanjung Brebes, Jawa Tengah, Indonesia baru-baru ini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Lebuhraya Kanci Pejagan pada Isnin dan mula tular di media sosial selepas dua hari.

Kejadian yang dikongsikan oleh Jpradarkudus di TikTok tular dalam kalangan warganet dan telah menerima lebih 143.5 juta tontonan setakat ini.

Rakaman video tersebut memaparkan sebuah bas yang dipandu laju dan dipercayai hilang kawalan lalu menghentam sebuah lori yang berada pada sisi jalan tersebut.

Menurut laporan, keadaan bas tersebut rosak teruk, manakala lori yang diletakkan di sisi lebuh raya tersebut melencong dan melanggar pembahagi jalan.

Kemalangan tersebut mengakibatkan tiga penumpang maut dan lima lagi mengalami luka-luka ringan.

Tiada maklumat lanjut yang dilaporkan berkenaan keadaan bas dan lori tersebut.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram