[VIDEO] Nyaris maut dilanggar, 2 beranak berdiri di pintu tergolek keluar bas akibat brek mengejut


  • Benua
  • Isnin, 17 Okt 2022

Tangkap layar memaparkan orang ramai segera membantu seorang wanita dan anaknya yang terjatuh dari bas di India.

SEORANG wanita menghadapi detik cemas apabila dia dan anaknya tergolek keluar dari sebuah bas di Cuddalore, Tamil Nadu, India pada Ahad.

Kejadian itu berjaya dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berdekatan dan difahamkan bas tersebut melakukan perjalanan dari Panruti menuju ke Cuddalore

Menerusi rakaman CCTV berkenaan, wanita dan anaknya tergolek keluar dari bas tersebut ketika pemandu bas tersebut brek secara mengejut. Pintu bas yang tidak tertutup menyebabkan mereka tergolek dan terbaring di atas jalan.

Bagaimanapun, ibu dan anak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan bas segera berhenti sebaik sahaja perkara tersebut berlaku.

Keadaan bertukar kecoh sebaik kedua-duanya terjatuh dan orang ramai dilihat segera membantu ibu dan anak tersebut.

Mujur tiada kenderaan lain yang melanggar dua beranak terbabit sebaik terbaring di jalan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram