Setiap rumah ada kisahnya, 4 'hotspot’ pilihan pemburu hantu


  • Massa
  • Ahad, 23 Okt 2022

Banglo Farah antara lokasi popular buat paranomal di Malaysia. — Agensi

KEWUJUDAN makhlus halus tidak dapat dinafikan lagi namun ada juga pihak yang tidak percaya akan kehadiran entiti itu sehinggalah mereka mengalaminya sendiri.

Paranormal berpengalaman, Mohd Rasidi Mohd Yassin memaklumkan terdapat beberapa lokasi di Malaysia yang mempunyai kisah seramnya tersendiri.

Menerusi penceritaan orang ramai, ada yang pernah bersua dengan makhluk halus di lokasi ini dan tidak kurang juga ada yang pernah 'diganggu’.

Berikut merupakan empat lokasi seram yang pernah dijelajah oleh Mohd Rasidi.

1) Highlands Tower

Highland Tower

Highlands Tower Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor. — Agensi

Highlands Towers yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor merupakan kawasan yang cukup dikenali sebagai tempat paling berhantu di Malaysia.

Tragedi runtuhan menimpa satu daripada 3 blok kondominium itu pada 11 Disember 1993 yang mana difahamkan ia tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan.

Seramai 48 individu terkorban dalam tragedi yang menyayat hati itu.

Bangunan itu dikatakan menjadi tempat tumpuan pemburu hantu. Ada yang mengatakan pernah melihat jelmaan wanita tua dan bayi melintasi kawasan bangunan tinggal ini.

Dikatakan jelmaan wanita tua dan bayi itu adalah mangsa berusia lapan bulan dan nenek berusia 77 tahun yang meninggal dunia ketika runtuhan tersebut berlaku.

2) Banglo Molly, Damansara

Screenshot 2022-10-23 at 1.08.05 AM

Banglo Molly terletak di Bukit Damansara. — Agensi

Kisah banglo usang yang terletak di Bukit Damansara lebih dikenali sebagai Banglo Molly. Ia bermula apabila pembantu rumah keluarga itu yang berasal dari Indonesia dikatakan pengamal ilmu hitam tegar.

Dikatakan selepas pembantu itu pulang ke tanah airnya, seorang anak pemilik yang bernama Molly mengalami kemurungan berpanjangan dan ditemui mati dalam keadaan tangan dikelar. Sehingga hari ini makhluk-makhluk pemujaan pembantu rumah tersebut masih berada di rumah ini.

Temu bual bersama Mohd Rasidi. — Agensi

Bagi Mohd Rasidi, Banglo Molly merupakan rumah yang paling seram dia jejaki sepanjang menjelajah kediaman misteri.

“Banglo Molly bagi saya paling seram. Bila saya masuk, memang ada dengar bunyi tapak kaki berlari. saya buat macam biasa dan lepas itu ada benda jatuh dari tingkat atas.

“Ada kelibat melintas dengan pantas dan selepas itu ada viewer komen ada sesuatu luar tingkap. Tingkat dua ada suara perempuan, seolah-olah tersedu-sedu. Bila saya cari tiada siapa situ. bila dengar atas saya dengar lagi tapak kaki. gangguan tu memang diganggu teruk,” kongsinya.

3) Banglo Farah, Bukit Tunku

Banglo Farah pula kisahnya berkisar seorang yang dikenali sebagai Farah dan didakwa dibunuh dengan kejam oleh makciknya sendiri. Ada dakwaan mengatakan kepalanya sehingga kini tidak dijumpai dan kononnya tertanam di sekitar banglo.

Farah menjadi mangsa satu upacara (ritual) oleh makciknya untuk tujuan tertentu.

4) Crag Hotel, Pulau Pinang

Screenshot 2022-10-23 at 1.44.10 AM

Crag Hotel terletak di Bukit Bendera, George Town. — Agensi

Difahamkan seorang warga Scotland dengan nama Kapten J. Kerr menyewa sebidang tanah dan mendirikan banglo dinamakan The Crag. Kemudiannya keluarga Sarkies memperoleh banglo itu daripada Kapten Kerr, dan membuka Hotel Crag di Bukit Bendera pada tahun 1895.

Bangunan itu seterusnya dibeli dan dijadikan hotel yang beroperasi sehingga Perang Dunia ke-2. Hotel itu juga digunakan sebagai pangkalan oleh tentera Jepun, dan Sekolah Uplands sebelum ditinggalkan.

Menurut cerita rakyat, tempat itu berhantu kerana seorang pelajar sekolah ditemui menggantung diri kerana berdepan masalah kemurungan.

Sejak itu, pelajar sekolah itu mendakwa melihat kelibat mangsa berlegar di sekitar tempat ini. Sekolah ini juga mula mendapat pelajar yang kurang dan akhirnya berhenti beroperasi pada tahun 1977.

Sehingga kini masih terdapat beberapa kertas joss yang melekat di sekeliling bangunan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram