[VIDEO] Geram dimaki penjaga parkir, 2 pemuda bertumbuk di khalayak ramai


  • Benua
  • Sabtu, 15 Okt 2022

Tangkap layar menunjukkan pergaduhan berlaku di sebuah ruangan parkir di Kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia.

TINDAKAN seorang penjaga parkir yang didakwa menggunakan bahasa kesat dan mengutuk seorang lelaki mencetuskan satu pergaduhan di Kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia.

Kedua-dua individu terbabit dilihat saling bertumbuk dan menolak satu sama lain selepas satu perselisihan faham berlaku di lokasi kejadian.

Dikongsikan di laman Instagram, insiden terbabit menerima lebih 10,000 jumlah tontonan dan pelbagai kecaman daripada warganet.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang merupakan penduduk Jalan Setia Budi berkata, dia menerima layanan kurang menyenangkan daripada pegawai petugas yang menjaga parkir di lokasi berkenaan.

“Sewaktu itu, saya mahu beredar kerana ia merupakan waktu rehat, jadi saya bayar duit parkir dan memberitahu bahawa saya akan kembali semula.

“Tetapi penjaga parkir itu berkeras meminta saya membuat bayaran sebanyak dua kali ketika keluar dan selepas masuk.

“Saya mula berasa ada sesuatu yang tidak kena, bayar lebih tidak menjadi masalah tetapi bila dia bercakap kotor dan mengutuk, saya menjadi marah,” katanya.

Enggan membalas percakapan kotor dilemparkan, lelaki berkenaan kemudiannya memberikan peringatan kepada penjaga parkir itu supaya jangan sombong.

Namun, penjaga parkir itu dikatakan tidak faham akan pesanan tersebut, sebaliknya mencabar lelaki berkenaan untuk berlawan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan komen berhubung kejadian tersebut.

“Penjaga parkir itu merupakan petugas yang sebenar ataupun tidak? Kerana melihatkan pakaiannya seperti bukan pekerja yang sebenar,” kata andregeo23.

“Tak cukup menarik pergaduhan itu, kalau saya di situ memang teruk penjaga parkir itu dikerjakan,” jelas gilangramadhan1504.

“Itu adalah perangai sebenar penjaga parkir di Medan, banyak penyangak dan semua tanah awam mahu dijadikan parkir berbayar,” tambah marihotpurba.

Sejurus pergaduhan itu, lelaki berkenaan mahu menyelesaikan isu pergaduhan tersebut di balai polis namun ia ditolak oleh penjaga parkir terbabit. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram