MEMAKAI sambungan kuku atau kuku palsu dalam kalangan wanita merupakan satu perkara biasa yang dilakukan untuk kecantikan.
Variasi corak dan warna juga menjadi antara tarikan untuk digayakan agar dapat tampil menarik.
Bagaimanapun berbeza dengan seorang wanita yang memiliki kuku panjang kira-kira lapan sentimeter.
Memuat naik videonya di media sosial, wanita yang dikenali sebagai pemilik akaun @dewiyahya_79 itu memperlihatkan dirinya menyuapkan hidangan nasi padang menggunakan kuku.
Wanita itu menunjukkan cara dia memakan nasi dan lauk dengan kuku panjang dan cara membasuhnya.
Kejadian yang dipercayai berlaku di Indonesia itu menunjukkan dia menjadikan kuku tangannya sebagai penyepit daging dan disuapkan ke mulut.
"Apa masalahnya. Cara makannya begini," kata wanita itu.
Rata-rata warganet berasa kurang senang dengan tindakan wanita terbabit sekali gus menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak masuk akal.
Tangkap layar komen pengguna media sosial mengenai wanita yang memiliki kuku panjang itu.
Warganet juga mengatakan tindakan wanita itu mampu menyebabkan rasa loya dan hilang selera makan.
Pada masa sama, mereka turut mempertikai tahap kebersihan kuku wanita itu terutama ketika membersihkan diri selepas membuang air besar.
"Bagaimana dia ingin mencuci setelah membuang air kecil dan besar?" tulis seorang pengguna media sosial.
Video yang dimuat naik di TikTok itu mendapat 433,000 tanda suka dan 42,000 komen. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram