[VIDEO] Rider skuter nyaris hilang nyawa kena pijak gajah melintas


  • Benua
  • Khamis, 13 Okt 2022

Tangkap layar dua penunggang skuter hampir dipijak gajah ketika melintas jalan.

DUA penunggang skuter nyaris dipijak seekor gajah yang secara mengejut melintas sebatang jalan berhampiran kawasan hutan, dalam kejadian dipercayai berlaku di India pada Khamis.

Gajah terbabit yang berada di bahu jalan pada awalnya hanya diam sebelum tiba-tiba ‘membuat keputusan’ untuk melintas ketika penunggang terbabit menghampirinya.

Dalam rakaman video yang tular, penunggang terbabit cuba untuk mengelak daripada melanggar haiwan liar berkenaan.

Terdapat juga suara beberapa individu yang sepertinya cemas dan bimbang jika gajah berkenaan dilanggar penunggang skuter terbabit.

Rakaman video penunggang skuter nyaris merempuh seekor gajah.

Video yang tular itu kemudian menerima banyak reaksi penduduk setempat.

Rata-rata mengharapkan agar pihak berkuasa India mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya memelihara haiwan liar di hutan.

“Bagaimana mereka tidak mendekati manusia sekiranya kediaman mereka tidak dicerobohi oleh manusia. Pihak perhutanan perlu lakukan sesuatu,” kata pengguna media sosial. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram