[VIDEO] Dah macam WWE, 2 remaja berbalas buku lima berebut 'cinggey'


  • Benua
  • Khamis, 13 Okt 2022

Tangkap layar aksi dua remaja yang bergaduh akibat seorang gadis di Washington.

AKSI remaja bawah umur yang terlibat dalam pertengkaran di sekolah atau tempat awam bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa.

Terbaharu, dua remaja lelaki terlibat dalam pergaduhan di sebuah pusat pendidikan biosains dekat Washington, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Menerusi video tular, kedua-duanya dilihat menendang dan memukul antara satu sama lain, sementara rakan sekelasnya pula melakukan sorakan.

Dalam video sama, seorang guru dilihat memasuki kelas dan cuba meleraikan pergaduhan itu.

Difahamkan, punca pergaduhan berkenaan adalah kerana merebutkan seorang gadis.

Video berkenaan mencetuskan perdebatan di laman Twitter apabila orang ramai mengeluarkan pendapat masing-masing.

Seorang pengguna secara berseloroh menulis: "Pergaduhan ini lebih serius daripada konflik Rusia-Ukraine."

Malah, ada yang berpendapat, pergaduhan itu umpama perlawanan gusti terkenal, World Wresting Entertainment (WWE) bagi mendapatkan pingat.

Meskipun pergaduhan itu mendapat kecaman hebat, ada yang menyifatkan bahawa tindakan menggalakkan perkara buruk tersebut berlaku adalah memalukan.

Selain itu, pergaduhan berkenaan semestinya mengecewakan ibu bapa yang memberi harapan tinggi untuk melihat anak mereka berjaya, namun lain jadinya apabila remaja terbabit hanya terlibat dalam aktiviti tidak beretika. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram