
SEEKOR beruang kempunan apabila cuba mencuri makanan dalam sebuah kereta yang diparkir di sebuah rumah selepas dihalau penghuni rumah tersebut.
Kejadian yang berlaku di Gatlinburg, Tennessee, Amerika Syarikat itu sempat dirakamkan seorang pemandu lain yang kebetulan lalu di depan rumah tersebut.
Rakaman itu menunjukkan beruang itu pada mulanya menghidu kenderaan tersebut sebelum membuka pintu.
Kemudian perakam video itu dengan pantas turun dari keretanya sebelum menjerit dan cuba menghalau haiwan tersebut.
'Keluar! Keluar," jerit wanita itu dengan harapan beruang tersebut meninggalkan rumahnya.
Dalam video itu, jelas menunjukkan beruang tersebut cuba mengambil kerepek yang ditinggalkan dalam kenderaan itu.
Akibat 'teguran' wanita tersebut, beruang itu meninggalkan kenderaan berwarna gelap tanpa mengambil bungkusan makanan yang ditinggalkan dalam kereta itu
Mungkin biasa dengan situasi berkenaan, wanita itu tidak meminta pertolongan malah dengan beraninya bertindak sendiri dengan menjerit ke arah beruang tersebut supaya keluar dari kereta itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan tingkah wanita tersebut dan sebahagian mendapati tindakan wanita tersebut mengundang ancaman ke atas dirinya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram