
SEORANG lelaki nekad menampar seekor beruang yang mendekati kekasih dan anjingnya, lapor Daily Mail.
Video yang dimuat naik menerusi TikTok @Anthonymooren174 pada Rabu lepas itu menunjukkan lelaki tersebut menampar beruang berwarna coklat yang bersembunyi di kandang miliknya.
Menerusi video tersebut, mereka terkejut semasa beruang coklat berkenaan keluar dari kandang dan mengundurkan diri ke belakang untuk menyelamatkan diri.
Kemudian, lelaki itu bertindak menampar muka beruang tersebut dan terus menghalangnya daripada menyerang teman wanita serta anjing peliharaannya.
Tindakan berani itu menyebabkan beruang tersebut terkejut dan berlari ke arah bertentangan,
Selepas itu, dia menggunakan peralatan seperti penyodok dan dulang untuk menghalau beruang tersebut dari terus mara ke arahnya.
Lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan ekoran kejadian itu.
Keberanian dan semangat lelaki itu dikagumi dan pujian ramai kerana dia telah berjaya menyelamatkan dirinya serta teman wanita serta anjingnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram